CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 28, 2008

keindahan hanya sementara

Di dalam malam yang dingin, aku bersendirian dalam kamar. tika aku leka merenungkan nasib yang benar-benar buat aku malang bagi tahun 2007, kedengaran suara mama ku memanggil dari luar kamar.
"Alia..."suara Puan Suraya memanggil anak daranya yang sejak pulang dari kampus terus tak keluar bilik.
"ye, mama....."meluru Alia ke pintu bilik.
"kenapa nie? dari tadi duk dalam bilik aje....Alia ada masalah ker?" soal Puan Suraya bertubi-tubi yang bimbang dengan alia yang pulang terus mengurung diri dalam bilik.
"tak ada apa-apala mama...Alia cuma penat jer..lagipun ada tugasan nak kena buat." jawab alia sambil duduk di birai katil.

Puan Suraya lega dengar penjelasan anak daranya terus menuju keluar dari bilik Alia. Sedang Alia pergi menutup pintu bilik, kedengaran bunyi lagu My Baby You nyanyian Marc Anthony dari telefon Alia. Rupanya panggilan dari Kelly, teman kolej Alia.

"Wei! ngko pehal? tetiba aja tinggalkan aku sorang kat cafe. Ngko ada masalah ker?"soal Kelly yang benggang Alia tinggalkan dia tanpa beritahu apa pun.
"Sorry, tadi aku ada hal.."balas Alia yang baru teringat dia tinggalkan sahabatnya sorang.
"Lia, apa masalah ngko ni? tadi aku nmpk Danial jalan dengan sorang girl kat library.. sapa girl tu?"
"Kelly, aku rasa esok ajala aku citer kat ngko, okey?" pinta Alia yang merasa masih kurang selesa membicara hal petang tadi.
"Ok...sok ngko datang kolej bagitau aku..."
"Orait!"

terus pangilan dimatikan oleh Kelly. Alia teringat kejadian petang tadi yang benar-benar menguris hatinya. Bukan ini yang dia mahu tapi apa yang dia rasai dan hadapi petang tadi sebenarnya membuatkan dia mampu hilang kewarasan.. ini semua di luar dugaan Alia. Bagi dirinya Danial adalah sebaik insan yang hadir dlam hidupnya yang boleh buat dia bahagia dan mengembirakan hatinya, tetapi sebaliknya Danial berlaku curang setelah genap hubungan yang terjalin selama 9 bulan. Alia akui dalam hidupnya bukanla indah tetapi bukan dia meminta untuk dijadikan boneka untuk kehidupan orang lain. Sepanjang hubungan dia dengan Danial memang berbagai cabaran dia hadapi tambahan Danial masih di kejar bayangan Mimi, bekas kekasihnya. Alia tahu bukan senang menjadi pengganti tetapi adakah satu dosa untuk dia membahagiakan orang yang dia sayang...

"Ma, lia pegi kelas dulu ye..."
"ok, take care ye."balas Puan Suraya.
Sepanjang perjalanan ke kolej, Alia merasa sayu dan pilu bila teringat akan kesan yang akan dia hadapi hari ini. Hari ini adalah hakikat sebenar dia perlu bersendiri tanpa teman atau kekasih yang amat dia sayangi dan cintai. Dan dia perlu menerima hakikat bahawa dia perlu melihat sesuatu yang bisa membuat hatinya ditoreh belati tajam.
Setiba Alia di kolej, Kelly dah setia menunggu ketibaan teman baiknya.
"hai! Lia.. Asal mata ngko bengkak ajer. Ader masalah ker?"ucap Kelly merasa aneh ngan keadaan Alia.
"tak der apalah, just penat skit lagipun semalam aku buat assignment."balas Alia.

Tanpa menunggu lagi Alia dengan Kelly berlalu ke dewan kuliah. Ketika melalui cafetaria, Kelly terpandang kelibat Danial dengan seseorang yang begitu mesra sekali kalah Loving couple yang lain. Barulah Kelly faham mengapa temannya berlain, rupanya ada duka dalam senyuman. Kelly tidak pasti samada Alia perasan atau tidak dengan kemesraan tadi. Alia buat seolah-olah dia tidak memerhati tindak tanduk Danial dengan Maria, memang menyakitkan hatinya tetapi apakan daya dirinya tiada makna buat Danial.
Setiba di pintu kelas, satu suara seolah tidak senang dengan kehadiran Alia ngan Kelly. Yana yang memang tak senang ngan Alia memerli Alia.

"Eh! Ada lagi rupanya budak tak tau malu tue..Aku ingatkan dah pindah, manalah tau kan dia tak tahan tengok bekas buah hati bermesra ngan orang lain."perli Yana.
Alia dengan muka selamba buat tak tau seolah tiada kena mengena dengan dirinya. Kelly tau Alia sengaja tak mengendah dengan apa yang Yana perkatakan. Muka Yana menjadi kelat.
"Lia, ngko O.k ker?"soal Kelly.
"O.k, kenapa?"balas Alia.
"Betul ker? Apa2 hal bagitaula. Aku risaula tengok ngko."
"Aku takder apa2 la. Kenapa tetiba ngko soal aku mcm tu?"
"Tak perlula ngko selindung, aku tau ngko ngan Danial dah putuskan?"
Dengan wajah terkejut, Alia memandang terus ke wajah Kelly. Dari pandangan Kelly, dia tahu kawan baiknya tersiksa tambahan Alia perlu berdepan dengan Danial dan Maria.
"Mana ngko tau?"soal Alia.
"Aku tau la Lia. Ngko tak perlulah pendam sorang diri, aku masih ada disisi ngko. Bersabarlah, mungkin ada hikmah disebalik kesakitan ini."balas Kelly.

Alia hanya mampu mengeluh. Hatinya benar-benar keliru dan tak mampu dia hendak menyatakan bahawa dia amatlah lemah untuk hadapi semua ini. Dalam dilema, Alia melihat Danial masuk dewan kuliah dengan wajah selamba seolah tiada apa yang berlaku. Alia hanya mampu melihat dan di dalam hatinya benar terhiris dengan sikap Danial yg begitu kejam kerana sanggup memperlakukan dia seolah tiada hati dan perasaan.

----tunggu sambungan---(",)